Assalamualaikum,
Kepada semua ibubapa dan guru-guru, semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan keampunanNya.
Hari Mengambil Report Card -Kita harus memahami hasil sebenar perolehan ilmu bukanlah yang tercatat di report card semata-mata tetapi bagaimana ilmu itu dapat dicernakan dalam kehidupan sebagai Insan Rabbani, ilmu yang menjadikan seseorang itu sentiasa unggul aqidahnya, sentiasa sopan tingkahlakunya, sentiasa menghitung rugi dan untung mengikut takaran ilahi. Ibubapa dan sekolah harus kembali menhayati konsep sebenar ilmu didalam Islam, sentiasa bekerjasama mencari jalan terbaik melahirkan insan Rabbani.